Monday, March 23, 2009

5 Cara Untuk Lajukan Windows XP

Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:

Defragment Hard Disk Anda

Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?


Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang - kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup


Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.



Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa - apa perubahan.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu


Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis - servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam
Windows XP.

Bersihkan PC Anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail - fail ini, gunakan CCleaner.

Tingkatkan BIOS Anda

(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)

BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan - perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.

Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.

Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.

Friday, March 20, 2009

Memilih pasangan ideal

WANITA atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah menarik minat anda dari segi seksual. - Gambar hiasan



BOLEHKAH kita menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami boleh berubah menjadi seorang yang panas baran dan suka memukul sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati.
Ada juga situasi di mana seorang isteri bertukar menjadi selekeh sedangkan semasa bercinta, sering berdandan rapi.


Berikut disenaraikan beberapa aspek penting yang patut dipertimbangkan dalam memilih pasangan anda.



1. Pegangan agama

Pegangan agama merupakan perkara utama yang harus diambil berat. Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau saudara baru.
Bagi isteri pula, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?


2. Menyayangi pasangan

Adakah anda menyayangi pasangan sepenuh hati? Anda boleh menilainya dari sekarang. Si dia sentiasa bersama anda di kala anda susah dan senang. Si dia juga sentiasa risau jika anda pulang lewat dari kerja seorang diri. Jika ya. Si dia benar-benar adalah teman hidup anda.


3. Kesihatan

Adakah anda pasti tahap kesihatan masing-masing? Pastikan pilihan anda bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental?
Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup menghadapi risiko. Buatlah ujian HIV atau talasemia sebelum berkahwin. Pastikan anda tidak berahsia mengenai kesihatan anda pada pasangan anda.


4. Kewangan

Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimana perbelanjaan keluarga patut dibahagikan.
Adakah suami menanggung 70 peratus manakala isteri 30 peratus atau masing-masing 50 peratus. Atau adakah suami sanggup menanggung 100 peratus perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga?
Mungkin ada di antara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang sebelum anda berkahwin.




SI DIA benar-benar pasangan yang sesuai untuk anda jika dia sentiasa bersama anda kala susah dan senang. - Gambar hiasan


5. Kerjaya dan cita-cita

Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka, lebih-lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi.
Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.


6. Kesesuaian

Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau adakah anda seorang yang panas baran manakala si dia juga begitu? Sesuaikah anda? Tepuk dada tanya selera.


7. Persefahaman

Persefahaman antara satu sama lain amat penting dalam institusi perkahwinan. Jika tiada persefahaman maka tiadalah kebahagiaan dalam berumah tangga.

by http://www.kosmo.com.my/

Free HTML Counters
kaunter