Tuesday, February 10, 2009

Reviu: Wacom Bamboo, Pen Tablet



Ramai yang tertanya-tanya, adakah perlu “Pen Tablet” untuk seorang graphic designer. Hari Ini saya ingin berkogsi maklumat kepada kamu semua yang saya perolehi dr NoktahHitam (web designer atau developer)

Fungi Pen Tablet saling tak tumpah seperti tetikus (mouse). Pada harga RM350, perlukah anda alat ini? Jika anda tergolong dalam orang yg ditera dibawah, Pen Tablet memang untuk kamu.
· Web/Graphic designer (pengguna Adobe Illustrator atau Photoshop)
· Pelukis yg mahu berpindah ke digital
· Pelukis komik untuk seronok atau blog
· Photographer yang perlu sunting gambar
· Animasi Flash, 3D, Movie
· Architect atau berkaitan dengan Auto CAD
· Pelajar multimedia
· Hobi melukis
Selain dari yang disebut di atas, anda tak perlu alat ini. serius aku ckp

Antara fungsi yang menarik adalah:
· Pressure sensor - Seperti pensil dan berus, anda boleh mengawal kadar penekanan. Kalau mahu garis tebal, tekan kuat sikit, begitulah sebaliknya.
· Pemadam - Seperti pemadam di hujung pensil, anda bole terbalikkan dan padam
· Tiada bateri - Hanya menggunakan USB
· Left & Right click - Pena yang disediakan ada butang untuk ke dua-dua tersebut. Jadi anda tak perlulah guna tetikus (mouse) sekali sekala.
· Zoom in dan out - Terdapat satu “toggle” untuk anda zoom in dan out.
· 4 butang tambahan - Butang ini boleh diubah fungsi mengikut keselesaan sendiri. Saya sendiri telah mengubah menjadi “Undo”, “Redo”, “Desktop” dan “Save”. Dengan cara ini, saya dapat menyelamatkan beberapa saat untuk mengheret mouse ke atas untuk fungsi tersebut.
· Semua software - Pada hari pertama pembelian, saya telah mencuba ke semua software, Microsoft Office, Adobe Photoshop, Illustrator dan sebagainya. Semua boleh dipakai.

Bagaimana cara menggunakan alat ini?
Sebagai seorang web designer (atau developer), saya dapat menyiapkan kerja saya lagi mudah. Di antara perkara yang saya perlu lakukan, adalah melukis “draft layout” sebelum mula membuat sesuatu theme atau template. Ini penting bagi mengelak pembaziran masa.
Saya juga menyunting gambar, seperti menghilangkan sesuatu object dalam gambar (termasuk jerawat haha), melukis logo dan icon dengan lebih tepat, dan menulis nota pada design-design.
Selain itu, saya gunakan untuk tandatangan kontrak.

Perlukah saya membeli satu?
Jika anda tidak keberatan untuk berbelanja RM350 untuk unit yang paling mudah, apa salahnya. Percayalah, alat ini dapat memulangkan modal dengan lebih cepat (jika anda seorang kreatif dan pandai melukis).
Jika anda berbelah bahagi, anda simpan sahaja duit tu. Buat apa beli barang kalau tak pakai betul-betul tak? Baik belanja saya makan.


Berikut adalah hasil lukisan menggunakan Pen Tablet ini.


Alphonso Elric dari Full Metal Alchemist, mengunakan Adobe Photoshop
Seekor lembu tompok biru, menggunakan YM Doodle

untuk mengetahui maklumat lebih lanjut sila2 lah layari www.sembangkomputer.com.
(Sumber dari, NoktahHitam.www.sembangkomputer.com)

Wednesday, February 4, 2009

MENGHORMATI AZAN

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba....

maka!!!!!

kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Free HTML Counters
kaunter